Sunday, March 18

#18

Kebelakangan ini aku asyik tertanya, apa sebenarnya yang aku mahu

Sunday, March 11

#17 kawan

Bagi aku bukan senang nak dapat kawan yang betul betul sekepala. Sigh. Jahatnya aku, bila aku rasa kurang ngam aku akan tarik diri perlahan lahan. Ramai. Kadang aku cuba betulkan keadaan, berkawan mcm biasa. Sumpah, aku rindu mereka semua. Masalahnya, mulut aku susah untuk buka, bercerita itu ini pasal diri. Aku cuba, gagal. Tak reti, kekok. Aku dapat bertahan lama dgn mereka yang kuat bercerita, sbb aku suka mendengar.. jarang bercerita. Sebab itu ramai yang tak berapa kenal aku siapa, apa aku suka, apa aku nak. Aku terima kalau ada orang nilai aku bukan kawan yang baik, mungkin betul.

Thursday, March 8

#16

Aku teringin sangat nak pergi gig untuk dengar lagu dan menghiburkan hati. Rasa satu kerugian kalau terlepas buat apa nak waktu waktu muda ini. Sebab tu aku langgar semua benda. Tindik pipi. Gila. Tapi aku tak ada teman untuk pergi, pergi sorang nanti rupa mcm kera sumbang. Sekurang kurangnya sekalilah sementara di tempat org. Ada org yang sudi bawa aku?