Sedikit kecewa hari pertama puasa, separuh jalan. Bom! Meletus juga akhirnya. Dah boleh agak cuma tak pasti. Dan bila problemo duit terumbang-ambing mcm buah kelapa dilambung ombak pantai. Meminta mmg aku tak pandai, daripada kecik lagi, terutama drp mak ayah walaupun itu sumber utama bank negara anak-anak. Entah, ada rasa awkward di situ, umpama nak minta kahwin. Lagipun, tak pernah ada rasa tak cukup, selagi ada angka cukuplah lagi tu. Juga, perlukan alat telekomunikasi yg membenarkan komunikasi jarak jauh percuma, tolonglah turun daripada langit. Kerinduan.
Winter & Ramadhan, gabungan yg paling hebat di sini.