Monday, May 17

/lɪŋˈɡwɪstɪks/

630
ada melodi lagu yg tak dapat aku cam. kejap. Mungkin, aku rasa aku biasa dengar.

(rabaraba dalam gelap)
aku: hello?
bonda: Da bgn belum ni?
aku: belum. Malas.
bonda: pukul berapa dah ni, 6.30. bgn bgn.
aku: haa.
bonda: hari ni exam kan? pukul brapa nak bgn?
aku: (diam)
bonda: dahdah, bangun, gud luck. ily.
aku: ilyt.


830
duduk atas kerusi 'special'. Sbb apa istimewa? Sebab aku rasa kerusi aku sorang warna emas, siap dengan meja coklat senget. Apa kes ni? Layan.

840.
mula tarik pensil atas kertas. peluh aku seakan nak keluar. ada kelibat manusia tinjautinjau identiti aku. aku biarkan.Mungkin pertempuram kali ni sengit. aku mula nampak musuh berselinap di celahcelah soalan. ah, ingat aku tak nak nampak kau? aku acu pedang. dia mati. Tapi semakin banyak musuh muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa yang mengerunkan serang aku. aku cedera..aku cedera.. aku banyak luka.darah aku mula menerobos keluar dari luka.

mampu ke aku bertahan?

1015
perhati mayatmayat musuh. ada yang masih bernafas! aku tikam jantung mereka. tiap kali darah memercik pada muka, aku lukis garisan lengkung di bibir.Tibatiba muncul ramai lagi daripada belakang. ahh. aku tak mampu bertahan.. perut aku ikut serta dalam peperangan. aduhai, tolonglah bertahan sekejap sayang..


1040
pertempuran hari ini tamat. Tiada perasaan terhambur, semua kebas. Banyak kecederaan kecil & luka yang jelas.







aku mengigil ketakutan.

1 comment:

hans said...

asal ko menggigil ketakutan?

p/s : jangan lupa mengikuti episod ke-8 siri Antara Dia, Kau Dan Aku hanya di www.hanspunyablog.blogspot.com