malam semalam aku tidak mampu tidur. sama seperti malam malam sebelumnya. ya, mungking kau lihat kelopak mata ku tertutup rapi bersama bibir junget seperti orang lena berbuai mimpi, tapi tidak. aku masih belum terlelap. Saat lampu kau padam aku terasa gelita. jika tadi aku dapt bayangkan kipas berpusing ligat, sekarang tidak. Aku buka mata. Mulalah, wayang wayang semalam menari hebat di depan bola mata aku. buat kepala aku ligat mencari konklusi utk problema.Sampai loceng pagi menjerit pun pasti belum selesai. jadi aku bangun & biar malam esok sahaja sambung berfikir.