Wednesday, October 13

apa kau nak buat mlm ni?
*sigh, Entah aku pun tak tahu..


Terjelapuk jatuh atas tanah, lutut luka berdarah. Menangis, itu aja ada dalam kamus hidup kau kan.
Tapi aku kesian dgn diri sendiri.
Apa pasal? Kau dah hilang semua jadi sbb tu kau rasa kau patut sorok bawah meja mcm tikus?
entah.
Objek dalam kepala kau tu yg kawal kau. Jgn mengarut la perempuan, benda jadi impossible, gila & tak siuman bila kau sendiri yg 'setting' mcm tu.
aku tagih simpati orang dalam harihari aku. Aku malu.
Ubah setting kau, kan aku kata kau yg kawal semua.
Pendirian aku dah terbakar, sebelum itu mereka tertawa pandang aku. Tak ada apa yg aku boleh ubah.
Apa kau bodoh sampai perkataan peluang kau tak pernah jumpa? Sbb tu wujudnya peluang utk orgorg gagal mcm kau. Itu kaki kau, bangun kalau kau rasa perlu teruskan perjalanan.
entah. mungkin aku penat.
Kau mmg terlalu degil.
Esok aku mcm mana? aku selalu bermimpi terapung dgn jantung hati aku.
Berhenti mengarut dgn anganangan kosong kau. Takut kau jatuh pecah kepala pula esok atau nanti.
ah, kata aja apa kau mahu. aku tak pedulilah. Aku akan balas semuanya bila suatu hari nanti yg tak akan ada itu muncul.
Kau mmg degil jgn cari aku bila kau hilang arah lagi.
Tak akan, sbb aku sudah hilang kewujudan waktu itu, kau terlambat...