Tuesday, October 19

rumah murah atas bukit.

"hati, apa rasanya hidup hanya berdua dengan org yg kita sanggup mati bersama?"




cinta, suatu hari nanti semuanya akan berubah. Kita boleh pegang tangan, terbang & berkhayal puaspuas bersama. Tiada siapa akan halang atau ganggu. Tatap muka puaspuas, bunuh waktu dgn apa sahaja yg kita mahu.  Kita boleh berlarilari seperti org kuran siuman. Siapa kisah? Hanya ada kita berdua. Malammalam rumput jadi permaidani, bintang jadi bumbung. Biar bintangbintang cemburu lihat kita di bawah. Aku idamkan setiap ulangtahun kita tanam satu pokok. Itu jadi saksi & bukti senyuman manis yg kau beri setiap hari. Setiap malam aku tidak akan biar kau kesejukkan lagi, aku janji.










"hati, apa suatu hari nanti itu akan tiba?"